Tuesday, September 7, 2010

Pokde, amanlah kau di sana

Ajal maut di tanga tuhan.
Memang betul.
6th September 2010, 27 Ramadhan 1431Hijrah.
Perginya insan bernama Harun b. Hajar (nama semasa talkin di baca)
Seperti baru semalam berjumpa pokde.
Sungguh tak dapat menahan air mata tatkala berdiri di hadapan jenazah semalam.

Tak terbendung perasan hiba ketika melihat mokde, Abg Apis & Diba mengalirkan air mata ketika talkin di baca.
Tak dapat menahan perasan rindu tatkala berdiri di tepi pusaranya.

Sesungguhnya arwah insan yang sangat baik.
Tak dapat di senaraikan kebaikannya. kerana terlalu banyak.
Yang pasti, dia pergi takkan kembali.
Tapi kita yang akan mengikuti.
Pokde, semoga pokde aman.
InsyaAllah, doa tidak akan putus untuk pokde.
Terima Kasih atas segalanya.
Terima Kasih Allah kerana meminjamkan dia kepada kami.
Semoga engkau temukan kami di Sana.

No comments: