Monday, June 14, 2010

Aktiviti petang

5.30 pm: 

Ibu jerit pada anak-anak

" Pegi mandi. dah petang dah nie "

Aktiviti anak: 

Lalu si anak pergi la mandi
mandi 2 minit. jirus-jirus badan. tak sabun.
sebab membe dah tunggu kat luar nak pegi main beskal ronda taman.
lepas mandi & berbaju otromen dengan corak kat lengan baju sama dengan corak seluar,
berbedak tompok-tompok putih kat muka sebab mak suruh.
katanya berbedak tompok-tompok baru nampak dah mandi

si anak terus join membe-membe yang dah panas hati menunggu

* sesi ronda taman bermula

tengah azan maghrib baru anak balik dengan berpeluh-peluh.

......................................................

Aktiviti mak:

Masa anak keluar bermain,
pegi lepak rumah jiran sebelah

* sesi bercerita

mak: ko tau, anak sipolan....

jiran sebelah: ye ke? aku tak tau pun.

mak: iye. lepas tu.......

........................................................



Saat azan maghrib berkumandang:

mak balik rumah, mandi & tengok TV plasmanya




8 pm: 

Mak: Jom makan.

Anak: Jom!

No comments: