Al-Fatihah
Untuk yang telah meninggalkan kita.
Pergi menghadap Tuhan yang Esa.
Yang baru atau yang telah lama pergi.
Membuat kita tertanya diri, bila pula waktu kita akan tiba?
Berapa lama kita akan hidup di bumi ini?
Rahsia yang hanya DIA yang tahu.
Apa yang menyedihkan mengenai kematian?
Kita tidak tahu jika di SANA, kita akan bertemu lagi.
kerana Tujuan kita di SANA hanya untuk menemui Tuhan yang Maha Penyayang
Menerima ganjaran yang setimpal, berjumpa Kekasih-Nya jika berpeluang, Insya Allah.
Gembira? Ya itu yang sepatutnya.
Namun...
Adakah kasih sayang di dunia ini akan tertinggal di dunia?
Kasih kepada Ibu, bapa, keluarga, saudara, sahabat, suami, isteri, anak?
Hanya DIA yang Maha Mengetahui
No comments:
Post a Comment